SERIAN 11 Okt. – Lima sekeluarga berdepan detik mencemaskan apabila diugut dan diikat oleh perompak yang memecah masuk kediaman mereka di Kampung Riih Mawang di sini, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka telah diikat perompak tiga perompak bersenjatakan parang menggunakan kabel wayar, besi penyidai baju dan tuala mandi. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden, Aswandy Anis berkata, siasatan awal mendapati…










