BESUT 24 Okt. – Seramai 36 pelajar tingkatan satu hingga empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, Tumpat Kelantan mengikuti program Ekspedisi Alam Semula Jadi ke Bukit Keluang, di sini baru-baru ini. Penyelia Asrama SMK Geting, Alwai Shaikh Husin berkata, ekspedisi pertama kali itu merupakan kesinambungan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh pengurusan asrama khusus untuk penghuni asrama sekolah berkenaan. Katanya, program yang turut melibatkan tiga guru pengiring itu bertujuan meningkatkan motivasi,…