LAHAD DATU 14 Okt. – Sebanyak 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di empat lokasi berasingan di sekitar daerah ini, pada Jumaat lalu. Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi yang bermula dari pukul 8 malam hingga 5 pagi itu disertai kira-kira 65 anggota penguat kuasa dengan memberi tumpuan terhadap kawasan ladang dan penempatan haram yang disyaki menjadi tempat persembunyian golongan terbabit. Menurutnya, antara kawasan yang menjadi tumpuan termasuk Kampung Membantu, Kampung Manar dan Kampung Perpaduan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya