22,147 duduki PT3 di Pahang - Utusan Malaysia

22,147 duduki PT3 di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 1 Okt. – Sebanyak 22,147 calon menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula hari ini di 217 pusat peperiksaan seluruh negeri ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, daerah ini mencatatkan jumlah calon teramai iaitu 6,721 orang membabitkan 48 pusat peperiksaan.

“Terdapat 12 calon persendirian iaitu masing-masing empat orang di Kuantan dan Lipis serta enam orang calon di Bera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Calon persendirian di Kuantan menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang, Lipis (SMK Setia Wangsa) dan SMK Bandar Kerayong di Bera,” katanya di sini hari ini.

Tajuddin berkata, untuk PT3 kali ini, tiada calon yang mendudukinya di hospital.

“Seandainya calon sakit, calon boleh mengambil peperiksaan di sekolah selepas sihat. Tempoh masa, sehingga hujung bulan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini