KUALA LUMPUR 10 Okt. – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran ganja di sekitar Wangsa Maju selepas merampas lebih 1.6 kilogram dadah tersebut dalam serbuan di sebuah rumah pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, penahanan kedua-dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun itu dilakukan di Jalan Seksyen 10, Wangsa Maju sebelum menemukan 140.17 gram ganja dalam sampul surat milik…










