ISKANDAR PUTERI 27 Okt. – Seramai 19 lelaki yang bersenjatakan empat bilah parang dipercayai ahli kongsi gelap ditahan polis di kawasan Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini di sini pada pukul 8.15 malam tadi. ACP DZULKHAIRI MUKHTAR Mereka yang berusia 13 hingga 21 tahun itu ditangkap kerana cuba membalas dendam membabitkan satu kes pergaduhan yang berlaku di Taman Ungku Aminah, Skudai, dekat sini sebelum ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menahan semua suspek selepas menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan perkara tersebut sebelum laporan dibuat di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya