128 keluarga masih mendiami PPS - Utusan Malaysia

128 keluarga masih mendiami PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 17 Okt. – Seramai 492 mangsa banjir daripada 128 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling sehingga pukul 4 petang hari ini.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, banjir yang melanda daerah terbabit merupakan kali ketiga sejak gelombang pertama pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, setakat ini, jumlah mangsa paling ramai adalah di PPS Kompleks Rakan Muda Baling dengan 176 mangsa daripada 50 keluarga dan di Dewan Kampung Haji Abas 74 mangsa daripada 18 keluarga.

“PPS Dewan Kampung Bawah Gunung menempatkan 48 mangsa daripada 10 keluarga, Dewan Terbuka Batu 48, dengan 48 mangsa daripada 13 keluarga, Surau Kuala Kedua 47 mangsa daripada sembilan keluarga dan Surau Kampung Lahar 42 mangsa daripada 12 keluarga.

“Manakala Dewan Kampung Banggol Derom pula menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga, Dewan Keda Batu 8 dengan 13 mangsa daripada enam keluarga dan Dewan Kampung Charok Sikin dengan 12 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Faizol memberitahu, mangsa dari Mukim Siong, Baling, Pulai dan Kupang terpaksa dipindahkan berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu hingga menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air.

“Ada mangsa yang baru sahaja pulang ke rumah mereka dua hari lalu selepas ditempatkan di Kompleks Rakan Muda Baling, PPS Surau Kampung Lahar dan Dewan Kampung Banggol Derom sejak Sabtu lalu tetapi terpaksa berpindah semula PPS ke akibat bencana itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN