12 pelajar madrasah maut banjir lumpur - Utusan Malaysia

12 pelajar madrasah maut banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDAILING NATAL 13 Okt. – Sekurang-kurangnya 12 pelajar madrasah maut dihanyutkan banjir lumpur besar yang merempuh kelas ketika waktu pembelajaran dalam kejadian di Desa Muara Saladi, Ulu Pungkut dalam daerah Mandailing Natal, Sumatera Utara, sejak Jumaat lalu.

Lapan lagi dari beberapa kampung juga maut dalam kejadian sama. Ini menjadikan keseluruhan korban sebanyak 20 orang.

Pelajar madrasah dilapor tidak sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 15 orang lagi pelajar madrasah tersebut disahkan masih hilang manakala 17 lagi terselamat.

Usaha mencari dan menyelamat berdepan kesukaran kerana mangsa-mangsa dipercaya tertimbus lumpur atau di­timpa objek-objek hanyut atau barangan dalam bangunan.

Kejadian banjir lumpur itu turut me­landa 24 perkampu­ngan di daerah ini.

“Agensi mencari dan menyelamat serta bencana alam berkejar ke beberapa kawasan di wilayah ini yang dilanda tanah runtuh,’’ kata jurucakap Agensi Bencana Alam Suma­tera Utara, Riadil Lubis.

Tanah runtuh dan banjir merupakan kejadian biasa di Indonesia yang terdedah kepada hujan lebat.

Pada Februari lalu 12 orang maut selepas tanah runtuh yang membawa lumpur dan batu melanda sebuah cerun cu­ram di tengah Jawa.

Pada Jun 2016, hampir 50 orang turut menjadi korban selepas hujan lebat menyebabkan banjir lumpur dan batu di beberapa kawasan kampung di wilayah yang sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini