Zeti sedia laksana transformasi PNB - Utusan Malaysia

Zeti sedia laksana transformasi PNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk melaksanakan transformasi terhadap pengurus dana terbesar Malaysia itu.

Bercakap dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Pengerusi PNB, Zeti berkata, transformasi tersebut akan melibatkan organisasi itu sendiri dan mempelbagaikan pelaburan dana.

Katanya, PNB perlu meningkatkan keupayaan dalam pengurusan risiko dan menyusun strategi persediaan masa hadapan susulan persekitaran ekonomi di luar kawalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga menegaskan bahawa transformasi organisasi adalah penting untuk mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi.

“Sepanjang tempoh saya sebagai gabenor, BNM melakukan perubahan organisasi dan kami sangat bercita-cita tinggi untuk berada di barisan hadapan bank pusat itu.

“Oleh itu, saya akan turut mengekalkan semangat yang tinggi bersama PNB,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Dalam majlis sama, PNB mengumumkan prestasi kewangan yang positif bagi tempoh berakhir 31 Ogos 2018 dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat sebanyak 7.3 peratus kepada RM288.1 bilion berbanding tahun lalu.

Pendapatan bersih PNB yang disatukan meningkat sebanyak 2.6 peratus kepada RM10.3 bilion.

PNB telah mencapai prestasi yang menggalakkan, memandangkan persekitaran pasaran global dan domestik yang mencabar justeru akan terus kekal berdaya saing dalam pengurusan portfolio pelaburannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini