ARAGON, Sepanyol – Pelumba Movistar Yamaha Tech3, Johann Zarco percaya bahawa tiada sebarang penyelesaian boleh dilakukan terhadap masalah terbaharu jentera Yamaha dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila sekali lagi mempamerkan aksi hambar pada Grand Prix (GP) Aragon Ahad lalu. Pengeluar Yamaha bukan sahaja mengalami kemarau kemenangan berterusan buat kali ke-23 setakat ini, malah mereka gagal menempah sebarang kedudukan podium dalam empat perlumbaan berturut-turut. Pelumba berusia 28 tahun tersebut mengakui…










