KOTA BHARU 17 Sept – Jaringan kedua Kelantan oleh Nik Akif Syahiran Nik Mat pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin disifatkan cukup sentimental oleh pemangku jurulatih, Yusri Che Lah. Yusri berkata, sebagai jurulatih dia sama sekali tidak menyangka mampu membawa Kelantan mara ke kelompok 16 pasukan terbaik sekaligus meneruskan saingan di Piala Malaysia. Menurutnya,…










