Selat Hormuz: Iran berhak walaupun tertakluk di bawah UNCLOS

Selat Hormuz: Iran berhak walaupun tertakluk di bawah UNCLOS

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Iran masih mempunyai hak kedaulatan terhadap Selat Hormuz berdasarkan kedudukan geografinya, biarpun laluan strategik itu tertakluk dibawah Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) sepenuhnya.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim berkata, selain itu penguatkuasaan dibawah UNCLOS yang rumit dan sukar untuk dikawal atau dilaksanakan dibawah undang-undang antarabangsa itu membuka ruang kepada Iran bagi mengawal sepenuhnya kawasan berkenaan.

Malah katanya, tiada badan penguatkuasaan yang mampu memantau atau mengambil tindakan terhadap mana-mana negara yang melanggar sebaran perkara di bawah UNCLOS.

“Selat Hormuz masih di bawah kawasan Iran yang berhak di atas faktor kenegaraan. Mereka boleh berbuat apa-apa dan mengenakan syarat termasuk tol sepenuhnya seperti mana Terusan Suez.

“Ia boleh dilihat sebagaimana tindakan China dalam kes di Pulau Spratly. Perbuatan itu salah di sisi UNCLOS atas prinsip menghalang atau mengganggu laluan asas perdagangan antarabangsa.Namun tiada tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebelum ini mengeluarkan amaran mengenai periuk api laut iaitu bahan letupan yang diletakkan di dalam air untuk merosakkan atau menenggelamkan kapal di Selat Hormuz, sekali gus merumitkan usaha untuk membuka semula laluan perairan itu susulan gencatan senjata antara Teheran dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Rais lagi, Iran bukti bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel pernah menggunakan kawasan tersebut sebagai zon operasi ketenteraan pada sebelum dan selepas 28 Mac.

Dalam pada itu, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Abdul Hamid Albar berkata, Iran terpaksa terpaksa menggunakan kaedah yang tidak konvensional bagi mempertahankan diri dari tindakan AS das Israel yang jelas bertentangan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Iran kini berdepan dengan keadaan di mana kelangsungsan rakyat dan bangsanya terancam.

“Maka sebarang tindakan Iran dalam mengawal Selat Hormuz adalah untuk mempertahankan diri dari tindakan diri dari AS dan Israel,” jelasnya.

Bagi Pakar Undang-Undang Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Salawati Mat Basir berkata, sebagai salah sebuah negara yang dibenarkan melalui kawasan Selat Hormuz, Malaysia perlu bertindak bijak dengan terus mengekalkan prinsip diplomasi tanpa sebarang paksaan terhadap Iran walaupun kawasan berkenaan tertakluk dibawah UNLCOS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN