KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menafikan terlibat dalam kesemua urusan pembelian 64 bidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang didakwa banyak pihak sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun berkata, pihaknya hanya memiliki satu bidang tanah saja daripada keseluruhan 64 tanah yang didakwa dibeli daripada DBKL. Katanya, YWP yakin tidak melakukan sebarang kesalahan memandangkan pembelian hartanah itu dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan undang-undang selain dibeli…










