Yamaha lancar edisi terhad NVX GP - Utusan Malaysia

Yamaha lancar edisi terhad NVX GP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Sempena penglibatan dalam perlumbaan MotoGP, Hong Leong Yamaha Sdn. Bhd. (Yamaha) melancarkan motosikal edisi terhad, NVX Grand Prix (GP).

Edisi terhad itu didatangkan dalam warna biru pengenalan pasukan lumba Yamaha dengan gaya terbaharu yang diilhamkan daripada jentera lumba YZF-M1.

Yamaha dalam satu kenyataan memaklumkan, YZF-M1 ditunggang oleh pelumba GP terkenal, Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi setiap pembelian NVX GP, pemiliknya akan menerima jaket tunggang eksklusif berjenama dan sijil pemilikan.

“Edisi terhad NVX GP boleh didapati di semua premis pengedar sah Yamaha bermula 21 September ini (Jumaat),” jelas kenyataan itu, di sini hari ini.

Katanya, harga jualan yang ditawarkan adalah RM10,606 iaitu tambahan RM700 daripada harga standard Yamaha NVX (RM9,906). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini