KUALA LUMPUR 18 Sept. – WCT Bhd, anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd (WCT), berjaya mendapat kontrak bernilai RM1.77 bilion daripada Impian Ekspresi Sdn Bhd (IESB) bagi membina dan menyiapkan sebuah projek pembangunan komersial. Skop kerja terbabit adalah sebahagian daripada Pavilion Damansara Heights yang meliputi pembinaan sembilan menara pejabat dan tiga blok pangsapuri perkhidmatan di atas sebuah kawasan podium terdiri daripada ruang runcit, aras mezanin dan kerja-kerja di aras…










