Wanita sesat di Bukit Broga - Utusan Malaysia

Wanita sesat di Bukit Broga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Seorang wanita dikhuatiri sesat selepas mendaki Bukit Broga, Semenyih, dekat sini semalam.

Mangsa, Teoh Kim Ling, 38, dikatakan mula mendaki bukit berkenaan pada pukul 10.30 pagi namun masih belum pulang ke rumah sehingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Penolong Penguasa Bomba Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.12 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita mendapat maklumat daripada kakak mangsa yang memaklumkan mangsa telah mendaki Bukit Broga sebagai aktiviti hujung minggu namun dikhuatiri sesat kerana masih belum pulang ke rumah. 

“Pasukan bomba masih menjalankan usaha mencari dan menyelamat sejak tiba di lokasi kira-kira pukul 3 petang dengan dibantu oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN