NEW YORK 14 Sept. – Volkswagen akan menamatkan pengeluaran kereta ikoniknya ‘Beetle’ pada 2019 menerusi edisi terakhir kenderaan yang diilhamkan daripada serangga itu. Sedan melengkung di bahagian bumbung yang dibina pada era Nazi Jerman itu telah menjadi fenomena automotif global, dan kini diketepikan ketika Volkswagen lebih menumpukan kepada kenderaan elektrik dan berorientasikan keluarga. Syarikat itu masih berusaha untuk membuka buku baharu selepas terlibat dalam skandal ‘dieselgate’ pada 2015. “Ketika kita…










