PULAU PINANG 22 Sept. – Sidang akhbar Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR di Seberang Jaya di sini kecoh apabila sebahagian ahli yang tidak berpuas hari bergaduh sesama sendiri dan membaling kerusi. Video MEDIA SOSIAL Sebelum itu, Setiausaha JPP PKR, Ismail Yusop terpaksa menghentikan sidang akhbar apabila lebih 30 ahli PKR membuat bising dan melaungkan slogan bantah. Ismail turut mengumumkan proses pengundian di Kedah dibatalkan. – UTUSAN ONLINE










