[VIDEO] Ribut, angin kencang melanda Perlis - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ribut, angin kencang melanda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 18 Sept. – Ribut beserta hujan lebat melanda hampir kesemua tempat di negeri ini malam tadi, dan difahamkan telah mengakibatkan kemusnahan kediaman, pokok tumbang dan kerosakan fizikal premis-premis perniagaan.

Angin dengan kelajuan kira-kira 68 kilometer sejam itu bertiup kencang selama 30 minit bermula kira-kira pukul 10 malam.

Selain kerosakan rumah, pintu gerbang di kawasan Santan di sini, turut didapati tumbang dan melintang jalan sehingga mengakibatkan laluan di situ terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan.

Turut mengalami kerosakan ialah bumbung asrama di Rumah Seri Kenangan di Jejawi, Arau dekat sini, akibat dihempap sebatang pokok tumbang.

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak media masih menunggu maklumat daripada pihak keselamatan mengenai kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN