HULU LANGAT 12 Sept. – Penduduk Hulu Perdek, di sini mahu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengambil tindakan drastik bagi mengawal dan membersihkan semula kawasan hutan simpan di kampung itu yang menyebabkan sumber air utama mereka tercemar. Difahamkan, kawasan hutan yang sebahagiannya adalah tanah milik persendirian itu diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan infrastruktur awam yang sudah bermula sejak Jun tahun lalu. Penduduk mendakwa, projek itu bukan sahaja menjejaskan sumber…










