V Shem, Wee Kiong ‘sakit’ sebelum mara - Utusan Malaysia

V Shem, Wee Kiong ‘sakit’ sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Pasangan utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dipaksa berhempas pulas sebelum mengetepikan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India 21-19, 22-20 untuk mara ke pusingan kedua beregu lelaki kejohanan badminton Terbuka China di Chanzhou, hari ini.

Turun sebagai bukan pilihan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu dijangka berdepan cabaran lebih getir apabila menentang pasangan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama dalam saingan seterusnya esok.

Turut meneruskan kemaraan dalam kejohanan bernilai AS$1 juta (RM4.14 juta) itu adalah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menyingkirkan pasangan Denmark, Niclas Nohr-Sara Thygesen 22-20, 21-18. Menanti mereka di pusingan kedua adalah pilihan keempat dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitupun cabaran naib juara Olimpik beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berakhir selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan utama tuan rumah yang juga pilihan pertama, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dari China 18-21, 17-21.

Pilihan ketujuh beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai juga tersingkir awal selepas kalah mengejut 15-21, 21-19, 16-21 kepada pasangan bukan pilihan dari Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto.

Cabaran Malaysia dalam perseorangan wanita pula berakhir selepas Soniia Cheah tumpas 15-21, 12-21 kepada Pornpawee Chochuwong dari Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini