UMNO Kelantan tubuh Jawatankuasa Kerja - Utusan Malaysia

UMNO Kelantan tubuh Jawatankuasa Kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 Sept. – Badan Perhubungan UMNO negeri ini akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja bagi meneliti aspek kerjasama dengan Kerajaan Pas Kelantan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting bagi mengkaji serta mengetahui acuan politik di negeri ini.

“Ini kerana, di peringkat nasional kerjasama (UMNO-Pas) sudah terjalin secara rasmi sebagai pembangkang. Namun, berbeza di negeri ini kerana Pas adalah sebuah kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin ada beberapa pengubahsuaian yang perlu dilakukan kerana kerjasama ini bukan hanya dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa panjang,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Khas Presiden UMNO bersama Biro Politik Empat Peringkat Kelantan, hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid di samping Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini