MUKADIMAH: Alhamdulillah. Ketika melangkah masuk ke dalam dewan sebentar tadi, saya dapat melihat dan kagum, para pejuang UMNO masih setia berdiri gagah dan megah. Wajah keceriaan, penuh semangat. Suatu paparan kesediaan dan iltizam, untuk kita terus menjadi mata rantai suatu perjuangan yang panjang. Semoga Allah SWT merahmati, memberkati dan melindungi perhimpunan kita pada malam ini. FIKRAH PRESIDEN DAN REALITI SEMASA Saya penuh sedar dan insaf kerana dalam sejarah UMNO, sayalah…










