KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti turut mengiktiraf sijil-sijil daripada pendidikan aliran Islam seperti dari maahad-maahad tahfiz dan sekolah pondok sekiranya bertegas mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Wakil Dewan Muslimat, Siti Makiah Samsudin berkata, langkah itu penting jika mahu dilihat membuka peluang sama rata dan kepada semua rakyat sebagaimana tuntutan yang diperjuangkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong). Katanya, UEC bukan sahaja mensabotaj strategi…










