SEREMBAN 23 Sept. – Pusat tahfiz yang pengetuanya menghadapi pertuduhan jenayah seks seperti meliwat pelajar perlu ditutup sebagai satu bentuk tindakan tegas susulan perbuatan memalukan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan itu wajar kerana pemimpin institusi tahfiz tidak sepatutnya terlibat dalam perbuatan keji yang bukan saja dilarang agama tetapi oleh apa jua fahaman dalam masyarakat. Beliau berkata, amaran sudah berulang kali dibuat supaya…










