KUALA LUMPUR 24 Sept. – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka bercakap mengenai isu perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking berkata, beliau percaya akan ada perbincangan dilakukan di antara Malaysia dan AS serta China bagi mengatasi kesan akibat perang perdagangan tersebut.
“Saya juga yakin Tun Mahathir akan memberikan pandangan, idea serta nasihat yang perlu kepada AS dan China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Made by Malaysia, Loved by the World di sini hari ini.
AS mengenakan tarif bernilai AS$200 bilion (RM826 bilion) terhadap China yang merupakan tariff tertinggi setakat ini.
Tindakan AS itu memburukkan lagi ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara.










