PUTRAJAYA 26 Sept. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan mendakwa gambar seorang lelaki sedang memegang minuman keras dan bercium dengan seorang wanita yang sedang tular di media-media sosial tidak merujuk kepada dirinya. Menurutnya, cara tulisan mengenai keterangan gambar tersebut jelas memperkatakan tentang seorang pemimpin di sebuah negara jiran. Azhar berkata, buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk membuat laporan polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana…









