WASHINGTON 26 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu penyelesaian dua negara dijalankan bagi menyelesaikan konflik antara Palestin dan Israel.
Pentadbiran Trump sebelum ini menyatakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.
Trump, ketika mesyuaratnya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, beliau juga akan mendedahkan pelan damai dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya suka penyelesaian dua negara. Itu apa saya fikirkan yang terbaik,” kata Trump. – REUTERS










