DAR ES SALAAM, Tanzania – Puluhan mayat lagi ditemui selepas sebuah feri membawa beratus-ratus penumpang karam di Tanzania, menjadikan angka kematian meningkat kepada 136 orang, lapor akhbar tempatan, The Citizen semalam. Kemalangan berlaku di tasik terbesar di Afrika, Tasik Victoria. Feri berkenaan, MV Nyerere membawa hampir 300 penumpang atau dua kali ganda had dibenarkan apabila ia karam berhampiran sebuah dermaga di Pulau Ukara, demikian menurut media kerajaan kelmarin. “Penyelam polis…










