Tok Mat rasmi persidangan sayap - Utusan Malaysia

Tok Mat rasmi persidangan sayap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merasmikan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018, malam ini.

Beliau yang segak berbaju Melayu berwarna ungu tiba tepat pukul 8.40 malam diiringi barisan kepemimpinan tertinggi parti berteraskan Melayu itu termasuk Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Turut kelihatan ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehadiran Mohamad turut diiringi ketua ketiga-tiga sayap pergerakan UMNO iaitu Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini