KETUA Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukannya terleka ketika menentang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia yang berakhir seri 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin. Pada aksi itu, Pahang terpaksa berhempas pulas selama 40 minit sebelum pemain tengah, Safuwan Baharudin berjaya mencetak gol penyamaan untuk mengikat JDT dengan kedudukan 1-1 ketika lewat perlawanan. Menurut Dollah, gol penyamaan yang disudahkan Safuwan pada minit-minit…










