TNB akan bekerjasama rapat dengan MyPower - Utusan Malaysia

TNB akan bekerjasama rapat dengan MyPower

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan bekerjasama rapat dengan MyPower, agensi tujuan khas yang akan ditubuhkan kerajaan untuk pembaharuan industri tenaga, bagi mengurangkan tanggapan rakyat bahawa ia adalah monopoli, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Azman Mohd.

AZMAN MOHD.
AZMAN MOHD. 

Beliau berkata, utiliti gergasi itu mempunyai banyak idea dan pengalaman untuk menyumbang kepada pembaharuan industri sejajar dengan program Industri Bekalan Tenaga Malaysia (MESI) 2.0 kerajaan.

Ditanya sama ada industri tersebut akan melihat perubahan drastik berikutan pelaksa­naan MESI 2.0, Azman berkata, ia adalah baik bagi industri itu dan membuang imej monopoli daripada TNB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasaran memandang kita sebagai memonopoli pasaran dan orang mempunyai persepsi bahawa kita malas dan menanggung kos yang lebih tinggi, tetapi sebenarnya kita lebih suka persaingan kerana ia membuktikan kita lebih berdaya saing,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di sini hari ini.
Mesyuarat itu diadakan sempena Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (Cepsi) 2018.

Menurut Azman, TNB te­lah mencapai indeks prestasi utama, termasuk petunjuk kebolehpercayaan untuk utiliti tenaga elektrik – indeks jangka masa gangguan purata bekalan (SAIDI) – yang meletakkan TNB dalam kumpulan negara maju dari segi prestasi.

Beliau juga berkata, mesyua­rat itu memutuskan bahawa satu lagi ekonomi memba­ngun, Filipina, akan menjadi tuan rumah Cepsi dwitahunan tersebut, diikuti China.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian sebelum itu, Azman berkata, TNB telah menjadi tuan rumah persidangan itu di Kuala Lumpur 22 tahun lepas.

“Ketika itu kami dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara dan kapasiti penjanaan tenaga terpasang adalah 40 megawatt (MW) bagi 46,000 pelanggan tetapi kini kapasiti terpasang di Semenanjung adalah 25,000 MW dengan TNB mempunyai lebih daripada 13,000 MW untuk 8.8 juta,” tambah­nya.

Ini menunjukkan industri itu pesat berubah setiap hari, tidak seperti 20 tahun yang lalu apabila ia merupakan industri yang boleh diramalkan, kata­nya sambil menyatakan pen­tingnya pemain industri untuk bertemu dan berbincang de­ngan lebih kerap. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini