KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menafikan dakwaan beliau menjalin hubungan sulit dengan pegawai khasnya dan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.
Ahli Parlimen Kota Belud daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) memuat naik penafian tersebut di laman sosial Facebook miliknya berserta sekeping gambar laporan polis yang dibuat di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor semalam.
Kes tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk tindakan lanjut kerana pengadu mengetahui berita mengenai dirinya semasa berada dalam kawasan Putrajaya.
Isnaraissah, 36, belum berkahwin dan pegawai khas yang dikaitkan dengannya dinamakan sebagai Mohd. Norazri Fauzi Nur Azalleh.










