KUALA LUMPUR 5 Sept. – Pengarah Program Podium, Tim Newenham telah meletakkan jawatan berikutan kegagalan program itu mencapai sasaran dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun ini yang menyebabkan beliau dikritik termasuk oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman. Pakar perancangan sukan dari Australia itu mengesahkan dia telah menghantar surat peletakan jawatannya hari ini kepada Syed Saddiq. Antara kandungan surat itu, Newenham yang mengetuai Program Podium sejak dilancarkan…










