Tiada tindakan disiplin terhadap Nazri Aziz - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Tiada tindakan disiplin terhadap Nazri Aziz – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Tiada tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meskipun beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, tindakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan meskipun Nazri menyuarakan sokongan terbuka terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

“Apa perlunya tindakan disiplin pada beliau (Nazri)? Kita tiada masalah jika Nazri menyokong  Datuk Seri Anwar (Ibrahim) di Port Dickson.

“Kita meraikan perbezaan pendapat .. apa yang dinyatakan Nazri itu tidak mewakili UMNO dan BN secara keseluruhan tetapi apa yang ditunjukkan Nazri itu adalah pendapat peribadi beliau dan sebagai Ketua UMNO Bahagian (Padang Rengas), kita hormati perbezaan itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 64 di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN