Tiada pemantauan secara besar-besaran ke atas media sosial - Utusan Malaysia

Tiada pemantauan secara besar-besaran ke atas media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menyangkal dakwaan ia melakukan pemantauan secara besar-besaran ke atas mana-mana laman media sosial dan emel. 

Dalam satu kenyataan, Pemangku Pengerusi MCMC, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor berkata, sebarang siasatan ke atas kenyataan di laman media sosial dan tindakan penguat kuasaan diambil  selepas  mendapat  aduan atau diminta oleh agensi penguat kuasaan undang-undang.  

“MCMC tidak melaksanakan pemantauan secara besar-besaran ke atas mana-mana laman media sosial atau emel.

Kerajaan mendukung hak kebebasan bersuara dan privasi berdasarkan undang-undang dan MCMC  akan bertindak jika ada pelanggaran undang-undang,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN