Tiada kerjasama PH-UMNO - Anwar - Utusan Malaysia

Tiada kerjasama PH-UMNO – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertimbangkan kerjasama dengan UMNO.

Jelasnya, kerjasama tersebut tidak pernah dipertimbangkan, namun mengakui tidak meramalkan sekiranya kerjasama itu akan berlaku pada masa akan datang.

“Sudah pasti tiada dan semestinya bukan sekarang. Kami tidak pernah mempertimbangkan hal ini. Mereka (UMNO) bersama dengan Pas pagi ini dalam suatu persidangan.

“Hal akan datang itu ‘que sera sera’ (masa hadapan di luar kawalan). Tetapi buat masa ini, tidak ada langsung dalam pertimbangan,” katanya kepada pemberita di Singapura seperti dilapor portal Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu, Anwar menyatakan bahawa beliau tidak bimbang dengan dakwaan UMNO sedang mengkaji untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kenapa risau? Mereka boleh berbincang dengan sebarang anggota gabungan PH. Tiada masalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN