KOTA BHARU 26 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati sesiapa sahaja yang menjadi lawan beliau, termasuk Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bulan depan. Menurut Anwar, beliau akur keputusan UMNO dan Barisan (BN) untuk tidak meletak calon selain bersedia berdepan cabaran daripada Pas sekiranya parti itu membuat keputusan mahu bertanding dalam PRK tersebut. “Kita semua sedia maklum, UMNO umum tak nak bertanding manakala Pas…










