Terima kasih Dr. M - Utusan Malaysia

Terima kasih Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEGA rasanya apabila Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dengan tegas menolak semua perkara dianggap hak asasi oleh Barat termasuk berkaitan LGBT seperti perkahwinan sejenis.

Menurut Dr. Mahathir, konsep kita mengenai keluarga adalah kekal sama, dua lelaki (gay) atau dua wanita (lesbian) tidak dianggap sebagai keluarga. Penegasan Dr. Mahathir itu seumpama dibadai ‘Taufan Mangkhut’ bagi puak-puak tertentu termasuk dalam kalangan umat Islam yang tanpa segan silu cuba membela golongan LGBT.

Kebimbangan rakyat bersebab apatah lagi puak-puak ini begitu lantang membela golongan berkenaan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Kita risau tanpa ketegasan dan sekatan daripada kerajaan, golongan yang ‘terjebak’ ini akan cuba menggalakkan orang ramai terutama anak muda supaya kasihan akan nasib yang mereka reka sendiri. Ini umpama ‘racun halus’ dalam cubaan meracuni serta merosakkan pemikiran rakyat di negara ini supaya bersimpati dengan mereka.

Mula-mula alasan meraih simpati. Biasalah dah bagi betis nak paha pula. Bila semakin ramai yang simpati senanglah ‘jarum’ berfungsi, menyebar dakyah songsang bahawa kegiatan LGBT ini normal dan lumrah semula jadi manusia.

Kalau kita lihat itulah taktik dan kaedah yang digunakan kumpulan LGBT di Barat kerana selama ratusan tahun mereka ini tidak pernah diterima. Akibat simpati dan hak asasi maka akhirnya golongan LGBT pula yang semakin dominan hak mereka. Kasihan, hak manusia ‘lurus dan normal’ seperti kebanyakan kita semakin terpinggir.

P.S: Sedih makin ramai wanita susah nak cari calon suami

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN