KUALA LUMPUR 14 Sept. – Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) kebangsaan, Lim Teong Kim menyenaraikan 23 pemain bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur bermula 20 September hingga 7 Oktober ini. Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada 20 September, diikuti aksi menentang Thailand (23 September) dan Jepun (26 September) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jika…










