Tembusi pasaran dunia melalui francais - Utusan Malaysia

Tembusi pasaran dunia melalui francais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mo­hamad menggesa lebih ba­nyak pengusaha makanan serta produk tempatan merebut pe­luang untuk terlibat dalam industri francais bagi menembusi pasaran yang lebih luas di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, banyak pro­duk tempatan seperti makanan boleh dikomersialkan menerusi industri tersebut sekali gus membolehkan produk tersebut ditemui di serata dunia.

“Di Malaysia, industri ini masih belum banyak lagi, kita masih ada peluang untuk kenal pasti apakah jenis kedai yang boleh berkembang secara francais.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di negara ini terdapat pelbagai jenis makanan kerana terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai makanan berlainan dan sedap. Kita belum dapat melihat dim sum, nasi lemak dan tose difrancaiskan. Kalau difrancaiskan kita boleh lihat makanan ini di seluruh dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini