Tak perlu tindakan tatatertib - Zahid - Utusan Malaysia

Tak perlu tindakan tatatertib – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Sept. – Pendirian beberapa pemimpin UMNO yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti melihat tiada sebarang keperluan untuk mengambil tindakan disiplin kerana kenyataan mereka adalah bersifat peribadi, bukannya mewakili UMNO serta Barisan Nasional (BN).

“Apa perlunya mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka? Saya tidak nampak ada masalah.

“Kita juga sering meraikan perbezaan pendapat dalam UMNO,” katanya dalam sidang akhbar sebelum mengadakan pertemuan dengan barisan kepemimpinan tertinggi UMNO Terengganu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Terdahulu, rombongan sama diketuai Ahmad Zahid turut menghadiri perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menerusi PRK Port Dickson.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos pula dilaporkan menyatakan kesediaan beliau ‘menawarkan diri’ berkempen bagi Ketua Umum PKR itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN