Syed Saddiq sokong Anwar bertanding Parlimen Port Dickson - Utusan Malaysia

Syed Saddiq sokong Anwar bertanding Parlimen Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia membantu kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan supaya kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut Syed Sadddiq kerjasama antara parti dalam Pakatan Harapan amat jelas yang mempersetujui pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, saya sebagai ahli majlis presiden Pakatan Harapan ketika mendatangani menyedari akan berlaku peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.

“Sebagai anak muda saya tidak mahu ingkar janji terutamanya melibatkan perjanjian bertulis,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Unlocking The Power Of Young People di sini hari ini.

Beliau juga menafikan sebarang gerakan memboikot kempen Anwar di Port Dickson oleh parti PPBM terutama dalam kalangan ahli Armada.

“Tidak ada! Tun M telah meniupkan semboyan. Beliau juga menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jangkitan beguk yang berlaku di Sukan Malaysia (Sukma) di Perak, Kementerian Belia dan Sukan akan berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu.

“Kita akan dapatkan maklumat terperinci. Dimaklumkan, terdapat pasukan yang dikuarintin tetapi tidak melibatkan semua kontinjen,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini