KUALA LUMPUR 5 Sept. – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis yang mengarahkan penganjur Lavida Coin untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti promosi berkaitan Lavida Coin sementara penelitian lanjut dijalankan terhadapnya. SC dalam kenyataannya berkata, pihaknya turut menyenaraikan penganjur Lavida Coin iaitu DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy yang didapati mempromosi Lavida Coin dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur. Katanya, para pelabur diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah…










