ALOR SETAR 20 Sept. – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke istiadat Letak Kerja sempena pertabalan baginda sebagai Sultan Kedah Ke-29 di Balai Besar di sini sebentar tadi. Istiadat Letak Kerja tersebut berlangsung dalam suasana tradisi dan penuh adat resam Kesultanan Melayu Kedah sebagai penzahiran tanda perkenan Sultan Kedah untuk memulakan istiadat pertabalan baginda. Sultan Sallehuddin bakal ditabalkan sebagai Sultan Kedah di Istana Anak Bukit di sini pada 22 Oktober depan. Turut berangkat dalam istiadat itu Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda, Tengku Sarafudin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya