SKMM bekerjasama dengan Fb kenal pasti akaun yang digodam - Utusan Malaysia

SKMM bekerjasama dengan Fb kenal pasti akaun yang digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan Fecebook (Fb) bagi mengenal pasti jumlah akaun pengguna media sosial tersebut yang telah digodam.

Menurut SKMM dalam satu kenyataan, untuk sementara waktu, pengguna media sosial tersebut boleh mengenal pasti sama ada akaun mereka telah didaftar masuk oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan memeriksa Fb keselamatan dan daftar masuk halaman akaun masing-masing 

“Pada masa sama, pengguna Fb juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap sebarang aktiviti mencurigakan terhadap akaun mereka dan segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang berhadapan dengan masalah tersebut boleh membuat aduan kepada SKMM di talian 016-2206262 atau emel kepada [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini