NEW YORK 5 Sept. – Serena Williams hanya selangkah lagi untuk memahat sejarah dan bintang tenis Amerika Syarikat (AS) itu amat teruja apabila disamakan dengan legenda tinju, Muhammad Ali sejurus selepas mara ke separuh akhir Terbuka AS hari ini. Serena memerlukan satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod legenda tenis Australia, Margaret Court iaitu merangkul 24 gelaran Grand Slam. Pemain berusia 36 tahun itu yang juga juara Terbuka AS enam kali,…









