SERAMIK diketahui umum sebagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan barangan tembikar, batu-bata, jubin, simen dan kaca. Ini kerana struktur luarannya yang lebih keras berbanding logam biasa tetapi bahagian dalamannya yang banyak liang menjadikan ia sebenarnya rapuh dan mudah pecah. Bagaimanapun, satu lagi ciri terbaik seramik ialah daya tahan terhadap suhu tinggi menjadikan ia sesuai dijadikan sebagai penebat haba yang sangat baik. Sebagai contoh, bahagian perut pesawat yang berulang-alik ke angkasa…










