PUTRAJAYA – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini. Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi tadi dan kelihatan beredar pada jam 10.40 malam setelah selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau kelihatan tenang ketika diserbu puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa…










