IPOH – Atlet wusyu Negeri Sembilan, Calvin Lee Wai Leong mengakui dia berbangga dapat meninggalkan Sukma sebagai legenda apabila berjaya meraih pingat emas acara nangun lelaki pada penampilan terakhir temasya itu di Kolej Matrikulasi Gopeng, semalam. Kejayaan memenangi pingat emas acara nangun lelaki semalam dan nanquan lelaki kelmarin menyaksikan Calvin mempertahankan dua pingat emas yang diraih dalam temasya di Sarawak dua tahun lalu. Calvin menepati ramalan apabila mencatatkan pungutan mata…










